Tukar Background Desktop

B_Background-Desktop2

Rasa bosan dengan latar belakang desktop yang sama??? Teringin nak tukar, tapi tidak tahu caranya?? Ok, tak apa. Mari kita belajar caranya satu persatu. Senang je, rasa macam makan ais kacang dengan laicikang.

1. Klik kanan (right click), kemudian akan muncul quick access menu bar seperti berikut.

B_Background Desktop0

Kemudian klik Personalize.

2. Seterusnya akan muncul paparan Change the visuals and sounds on your computer . Dalam bahagian ini, anda dapat menukar latar belakang desktop anda.

B_Background Desktop1

Kemudian, klik Desktop Background.

3. Seterusnya akan muncul paparan Choose your desktop background. Dalam bahagian ini, anda akan dapat memilih sendiri latar belakang desktop yang anda suka.

B_Background Desktop20

3.1. Kalau anda pilih Select all , bermakna anda memilih kesemua latar belakang yang telah disediakan di dalam komputer anda. Maka semua latar belakang tersebut akan ditandakan. Kemudian klik Save changes.

B_Background Desktop18

3.2. Kalau anda hendak memilih satu sahaja, cuma klik pada latar belakang yang anda suka. Kemudian klik Save changes.

B_Background Desktop8

3.3. Kalau anda pilih Browse… , bermakna anda mahu memilih latar belakang dari tempat lain sama ada dari desktop, libraries, computer, pendrive dan sebagainya.

  B_Background Desktop9

Lepas anda pilih, klik Save changes untuk melaksanakan perubahan yang telah anda buat pada latar belakang desktop anda.

B_Background Desktop15

Kemudian, latar belakang desktop anda akan bertukar mengikut gambar latar belakang yang telah anda pilih. Contohnya seperti di bawah.

B_Background Desktop17

Selamat mencuba.

Leave a Reply

comment-avatar