Tips: Jaga Battery Laptop Anda Agar Berfungsi Seperti Baru

 B_Jaga Bateri Laptop

Pada Zaman moden skrg, boleh kata satu  rumah mempunyai sekurang-kurang satu laptop ataunya lebih dari satu. Cara main laptop , semua orang pun tahu. Tapi betul-betul tahu jaga & nak memanjangkan jangka masa  kegunaan bateri laptop bukannya semua orang tahu… ada orang bateri laptop tak sampai setahun pun sudah rosak..

Ada orang kata menggunakan laptop sambil ‘charge’ bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Ada juga segelintir pakar I.T. mengatakan menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri  di sebaliknya risiko merosakkan komponen laptop adalah lebih tinggi. contohnya, jikalau berlakunya “Black out” dan arus elektrik yang tidak stabil, ia akan merosakkan motherboard dan hardisk anda . Jikalaunya, hardisk yang rosak, hancurlah data -data penting kita. Lagi mahal kita perlu bayar pada pakar I.T untuk repair harddisk untuk selamatkan data kita. Jadi, disini, saya akan memberi beberapa tips untuk menjaga battery laptop anda.
B_Jaga Bateri Laptop2

Kenapa bateri boleh rosak

1. Bateri  terlebih di cas atau overcharge.
2. Kemungkinan lain ialah mengecas bateri sambil menggunakan laptop.
3. Bateri tidak dicas atau digunakan dalam jangka masa yang lama. apabila anda hendak pakaikannya, ia tidak berfungsi lagi.
B_Jaga Bateri Laptop1

Cara mengelakkan kerosakan Battery dengan begitu mudah

1. Dinasihatkan untuk mengecas bateri anda hanya apabila ianya telah mencecah lebih kurang 15% . Di sini, saya galakkan pengguna caskan bateri anda dengan matikkan laptop anda supaya bateri akan mendapat kuasa yang mencukupi.

2. Jangan biarkan bateri anda dicas terlalu lama. Kerana ianya akan mengurangkan ketahanan pengunaan bateri. Selalunya ia akan menyebabkan kerosakkan bateri anda.
3. Bateri baru  – cas bateri tersebut selama lapan 8 jam dengan syarat tanpa turn “ON” laptop anda. Jika signal bateri laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan cas sehingga lapan 8 jam.  Selepas lapan 8 jam, cabut charger dari laptop, dan HANYA menggunakan bateri dan guna laptop sehingga bateri hampir habis (15%). Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut. Selepas ini, anda boleh mengecas bateri seperti biasa sehingga signal bateri menunjukkan bateri sudah penuh.

4. Sekiranya anda tidak menggunakan bateri laptop anda dalam masa lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 50% power bateri itu.Jika anda biarkan bateri anda dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi.

5.Elakkan kepanasan – Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut , tilam dan lain lain. Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.

Jadi elakkan dari melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan bateri anda rosak.

Jikalau anda menghadapi kerosakkan bateri disaat penting, pihak kami Infotech Computer Centre akan menolong anda menyelesaikan masalah tersebut.

 

Leave a Reply

comment-avatar