Cara “Eject” Pendrive atau Thumbdrive Dengan Betul.

B_Eject 7

Pekara ini adalah paling mudah dan simple untuk dibuat.

Pengabaian tentang cara selamat untuk mengeluarkan pen drive atau thumb drive anda dari laptop atau komputer boleh menyebabkan pen drive atau thumb drive anda corrupted  atau rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi.

Ini tentunya mendatangkan kerugian kepada anda, kerana bukan sahaja pen drive dengan space yang besar itu tidak boleh digunakan lagi, malah paling parah, data di dalamnya hilang atau tidak dapat diselamatkan.

 

Dengan menggunakan gambar di bawah ini, Saya ingin berkongsi dengan anda dua (2) cara selamat untuk “Eject” Pendrive atau Thumbdrive dengan betul.

Cara Pertama (1)

Di sebelah kanan bawah skrin anda, klik satu anak panah berwarna putih seperti di atas, sehingga table tab keluar.

B_Eject 1Kemudian, left click pada mouse anda ke icon USB seperti yang ditunjukkan di atas.

B_Eject 2 opup seperti di atas ini akan keluar. Hanya left click sekali lagi pada tulisan

“Eject Data Traveler 2.0”

B_Eject 3Tunggu sehingga arahan di atas berbunyi “Safe To Remove Hardware” keluar. Anda dahpun boleh mengeluarkan pen drive atau thumb drive dari komputer anda.

Cara Kedua (2)

Klik pada icon “Computer

B_Eject 4

Seterusnya pada folder ini, left click terlebih dahulu icon pendrive anda, diikuti right click, sehingga opsyen di atas keluar. Hanya click pada “Eject” yang tertera.

B_Eject 5

Bila arahan “Safe To Remove Hardware”, maka ada  boleh mengeluarkan pendrive atau thumbdrive dari komputer.

B_ Eject 6

Selamat mencuba. Semoga berjaya……

Leave a Reply

comment-avatar