Kenali Komputer Anda

 

B_Basic

 

Hari ini, saya nak bercerita tentang komputer..maksudnya perkara asas yang perlu kita tahu tentang sesebuah komputer. Tengok je gambar di bawah ni. Ini namanya PC atau personal computer.

B_Basic1

Bahagian hadapan PC:

  1. Power Button untuk menghidupkan komputer.
  2. Optical Disc Drive untuk CD-Rom atau DVD-Rom.
  3. USB Port atau universal serial bus port. Kat sinilah korang boleh cucuk pendrive, usb printer, usb keyboard atau usb mouse.
  4. Audio in / Audio out Port. Kat sini pula korang boleh cucuk kabel speaker, kabel microphones atau kabel headsets.
  5. Memory Stick yang digunakan untuk masukkan memori kad seperti memori kad kamera.

B_Basic2

 

Bahagian belakang PC:

 

  1. Power Socket yang menyambungkan komputer kepada bekalan kuasa elektrik.
  2. Monitor Port yang digunakan untuk memaparkan video. Sebenarnya sama je ni dengan port DVI atau port HDMI.
  3. VGA Port atau video graphics array yang digunakan untuk menyambungkan komputer dengan projektor.
  4. Ethernet Port yang digunakan untuk menyambungkan kabel internet / modem dan juga kabel telefon.
  5. USB Port ni sama je fungsinya seperti yang saya terangkan di atas tadi. In case, terlampau banyak usb nak cucuk dan tak muat cucuk kat usb port di depan, nilah masanya guna usb port yang di belakang ni.
  6. Audio in / Audio out Port ni pun sama je fungsinya yang di atas tadi. Kalau korang nak guna 2 headseats tu, bolehlah guna audio port di depan dan di belakang ni.

Sekian saja untuk hari ini. Bye..c ya….

Leave a Reply

comment-avatar