Penjagaan Keyboard Laptop

Adakah anda pernah mengalami masalah dengan keyboard laptop anda? Pernahkan keyboard laptop anda rosak dan diganti baru? Pasti kos penggantian tersebut agak membebankan anda. Di sini saya inginkan kongsikan sedikit tips untuk menjaga keyboard laptop agar tidak rosak dengan cepat.

fotolia_10401677_XS

 

Gunakan keyboard protector

protector

  • Gunakan keyboard protector untuk melindungi keyboard anda. Keyboard protector ini akan melindungi keyboard anda daripada dimasuki habuk atau kotoran. Keyboard protector ini juga senang untuk dibersihkan. Terdapat pelbagai jenis keyboard protector di pasaran dengan pilihan warna dan rekaan yang menarik serta harga yang murah.

 

Elakkan makan dan minum di hadapan laptop

No-use-crying1

  • Elakkan daripada makan dan minum di hadapan laptop. Makanan atau minuman anda mungkin akan tertumpah di atas keyboard laptop anda dan menyebabkannya rosak. Lebih teruk lagi apabila air minuman yang tertumpah tersebut akan menyebabkan motherboard anda turut rosak.

 

Gunakan external keyboard ketika bermain game

external keyboard

  • Sekiranya anda pemain game yang tegar, anda dinasihatkan untuk menggunakan external keyboard atau joystick. Kebanyakkan permainan memerlukan anda menekan beberapa butang secara terus menerus dan berkali-kali. Anda juga seringkali menekan keyboard laptop anda terlampau kuat ketika sedang bermain. Ini akan menyebabkan keyboard anda cepat rosak.

 

Bersihkan keyboard laptop sekerap yang boleh

usb-mini-vacuum-cleaner

  • Rajin-rajinkanlah meluangkan masa untuk membersihkan keyboard laptop anda. Anda boleh menggunakan mini usb vacuum cleaner untuk menyedut habuk dan kotoran yang terdapat di celah-celah keyboard anda.

 

Elakkan terhentak / terhempas barang pada keyboard laptop

  • Berhati-hati apabila memegang sesuatu barang contohnya buku ketika sedang menggunakan laptop. Apabila barang yang berat jatuh terhempas ke atas keyboard anda, ia boleh menyebabkan keyboard anda rosak.

 

Pastikan tangan bersih sebelum menaip

dirty hands

  • Pastikan tangan anda bersih sebelum menggunakan laptop untuk mengelakkan kotoran-kotoran tersebut masuk ke celah-celah keyboard laptop anda.

Leave a Reply

comment-avatar