Langkah-Langkah Awal Mengatasi Virus Dalam Komputer

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ini adalah amalan yang perlu diterapkan oleh pengguna komputer pada zaman kini. Hal ini kerana banyak virus yang telah dicipta dan sukar untuk mencari cara untuk untuk menghapuskan virus yang menjangkiti komputer.

Virus komputer merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain. Virus juga boleh menjangkiti komputer apabila flashdrive yang mempunyai virus dimasukkan ke komputer yang tidak mempunyai antivirus.

 

virus-komputer

 

Antara langkah-langkah awal ialah:

  1. Jangan menggunakan pendrive atau external harddisk yang tidak tahu dari mana asalnya.

Storan yang tidak diketahui asalnya berkemungkinan mengandungi virus yang bakal menjangkiti komputer kita. Oleh itu, sebaik-baiknya kita perlu menggunakan antivirus yang mempunyai auto scan agar semua pendrive atau storan yang disambungkan ke komputer akan terus di scan untuk mengatasi antivirus.

  1. Jangan sesekali menggunakan perisian yang cetak rompak (pirated copy)

Perisian yang cetak rompak selalunya biasanya ialah perangkap bagi pencipta virus. Hal ini kerana, perisian yang asal telah diubah dengan memasukkan virus dan ianya sering dijual dengan harga yang murah di pasaran berbanding dengan harga perisian yang asal atau original.

  1. Jangan membuka email yang mempunyai attachment.

Pencipta virus kini menggunakan sepenuhnya teknologi internet. Oleh itu, virus kini mampu disebarkan melalui email dengan membaca email yang mempunyai virus yang dihantar. Kebanyakkan email yang mempunyai virus ini memngandungi fail attachment. Walaupun kadang kala email yang dihantar tersebut dari orang yang anda kenali, adalah leih baik jika anda menghubungi kenalan anda yang menghantar email tersebut untuk mengenalpasti bahawa sememangnya kenalan anda yang menghantar email tersebut untuk langkah berjaga-jaga.

Leave a Reply

comment-avatar