Jenis Jenis Virus Komputer

Virus komputer adalah suatu program komputer yang akan menggandakan diri dengan memasukkan salinan dirinya ke dalam media penyimpanan / dokumen serta ke dalam rangkaian secara diam-diam tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut. Kesan daripada serangan virus komputer berbeza-beza. Bermula dengan muncul mesej-mesej pelik dan seterusnya merosakkan sistem komputer serta menghapuskan fail atau dokumen kita.

JENIS-JENIS VIRUS KOMPUTERb_jenis-virus

  1. Trojan

Sejenis virus yang dibuat dengan tujuan untuk mencuri data yang ada di dalam komputer. Penyebaran utama virus trojan ialah mengakses data yang terhubung ke internet, seperti email dan data pribadi yang tidak ada password.

  1. Worm

Worm ialah sejenis program yang dapat menggandakan diri. Ia mempunyai kemampuan untuk melipatgandakan diri dengan begitu cepat. Apabila  komputer diserang dalam tempoh masa yang cukup lama, ia dapat menyebabkan kerosakkan pada system dalam computer karena data dalam memori dan hardisk tersebut menjadi berat. Serangan utamanya adalah melalui email dan jaringan internet.

  1. Memory resident virus

Sejenis virus yang menjangkiti ram. Tumpuan utamanya berada di dalam memori komputer. Virus ini akan mula aktif apabila operating system beropersi. Dengan code yang dimiliki, virus jenis ini akan mengganggu proses pelaksanaan program yang seharusnya beroperasi dengan normal.

  1. Rootkit

Rootkit merupakan virus komputer yang sangat sukar untuk dihapuskan dan sukar untuk dikesan. Hal ini kerana rootkit berfungsi sama seperti sistem komputer yang beroperasi seperti kebiasaannya. Kebanyakkan anti virus mengalami kesukaran untuk mengesan virus rootkit ini. Ia akan menyembunyikan diri daripada dikesan oleh antivirus dan juga administrator (pengguna). Rootkit juga dapat menyelinap masuk ke bahagian Operating Sytem (OS) dan akan mendapat hak administrator jika ia sudah lama menjangkiti komputer tersebut. Rootkit mampu menyahaktifkan antivirus sekiranya ia sudah mendapat hak administrator.

  1. Rogue

Rogue sebenarnya sejenis dengan rootkit, tetapi bezanya rogue berbentuk aplikasi yang mirip seperti antivirus. Antivirus tersebut akan memaparkan aktiviti yang serupa seperti antivirus biasanya seperti umumnya dan akan memberikan amaran palsu tentang adanya virus. Tujuan virus rogue ini adalah supaya pengguna membeli antivirusnya dan pembuat virus rogue akan mendapatkan wang, Rogue juga boleh membuka celah keselamatan agar virus-virus boleh masuk dengan berleluasa kerana rogue mendapatkan hak administrator dari pengguna.

  1. Spyware

Spyware biasanya berbentuk aplikasi / program yang dipasang ke dalam komputer dengan kebenaran administrator ataupun menyelinap secara diam-diam. Spyware bertujuan mengumpul maklumat peribadi anda dan boleh mencuri password yang akan dihantar melalui remote machine kepada sebuah pembuatnya.

  1. Malware

Malware ialah berbentuk aplikasi yang berbahaya dan akan mengancam sistem komputer dengan tujuan untuk mengumpulkan data-data termasuk password, dan juga akan merosakkan sistem komputer anda secara penuh.

  1. Adware

Adware adalah virus yang akan memaparkan iklan ke komputer anda secara tidak wajar. Virus adware akan memaparkan iklan terus-menerus dengan banyak agar pemilik iklan tersebut mendapat banyak wang. Adware biasanya berbentuk sambungan bar alat pada pelayar dan juga boleh didapati dalam bentuk sebuah aplikasi / program.

  1. Backdoor

Backdoor atau menjadi pintu belakang, adalah pintu bagi para hacker untuk mengendalikan komputer tersebut dan boleh mengakses fail-fail penting di dalam komputer yang dikawal melalui remote. Backdoor biasanya disimpan oleh program virus ataupun worm. Backdoor juga mendapatkan hak akses administrator sehingga akan memudahkan penggodam memasukki komputer yang sudah disimpan dengan backdoor. Jenis virus ini juga sukar dikesan.

  1. Boot Sector

Sejenis virus yang menjangkiti bahagian kecil dalam sebuah hardisk yang disebut sektor boot. Lokasi bersembunyi di dalam pemacu cakera. Sehingga ketika sistem berjalan dia boleh berpindah kemana-mana untuk melakukan operasi jangkitan itu.

Leave a Reply

comment-avatar