Infotech Rubik's Club

Selamat datang ke portal rasmi Infotech Rubik's Club. Tujuan portal ini dibangunkan adalah untuk memupuk minat bermain rubik's cubes di kawasan Betong, Sarawak. Kelab ini telah ditubuhkan pada bulan Julai 2016. Pihak kami juga berusaha mewujudkan aktiviti seperti belajar secara berkelompok, mengadakan pertandingan di sekolah mahupun peringkat Betong. Pihak kami berharap dengan usaha ini, permainan ini dapat menjadi satu hobi kepada semua pihak seterusnya dapat melahirkan pemain berbakat yang bertaraf tinggi.

Pertandingan

Setakat ini, pihak kami telah mengadakan satu pertandingan di sekolah dan akan mengadakan satu lagi pertandingan peringkat Betong.

01/12/2017

Aktiviti

Sekiranya anda membeli rubik's cubes dari kedai kami, anda dapat mengikut kelas yang diadakan pada hujung minggu secara percuma.

01/12/2017

Media

Koleksi video dan gambar semua pertandingan dan aktiviti yang dijalankan.

01/12/2017

Pertandingan

Pihak kami sangat mengambil perhatian dalam mengadakan pertandingan rubik's cubes. Setakat ini, pihak kami hanya pernah mengadakan satu pertandingan di sekolah pada tahun 2017. Tapi, ini merupakan satu langkah permulaan yang memberangsangkan. 

Seterusnya, pihak kami akan mengadakan satu lagi pertandingan peringkat Betong pada tahun 2018. Pihak kami sangat berharap perkara ini akan menjadi satu aktiviti tahunan. Selain itu, pihak kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk bersama-sama menganjurkan pertandingan ini; sila berhubung dengan pihak kami.

Sekolah

Tempat: SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong
Tarikh: 29/09/2017

30/09/2016

Bahagian

Tempat: Betong
Tarikh: 13/01/2018

10/12/2017

Peraturan Pertandingan

Peraturan di atas merupakan peraturan pertandingan yang akan diadakan pada 13/01/2018. Para peserta dikehendaki hadir 15 minit lebih awal, sebelum pertandingan dijalankan. Pihak penganjur akan menerangkan peraturan-peraturan tambahan dalam masa 15 minit tersebut.

10/12/2017

Aktiviti

Mulai 01/12/2017, syarat-syarat kelas percuma Infotech Rubik's Cubes adalah seperti berikut:

a) belajar mengikut rubiks yang        
     dibeli sahaja
b) sekurang-kurangnya 3 orang                turut serta

c) seminggu sekali sahaja         berdasarkan pemilihan jadual     berikut:
     i) Sabtu: 1100-1200 atau
    ii) Sabtu: 1600-1700 atau
   iii) Ahad: 1100-1200

d) membawa rubiks sendiri semasa  
     perjumpaan

*Waktu perjumpaan akan ditetapkan dalam Whatsapps Infotech Rubiks Club.